Anak kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah mendapat perhatian netizen kerana sikap sabarnya.

Menerusi akaun Instagram, Siti berkongsi video pendek yang merakamkan gelagat Aafiyah menunggu penuh kesabaran sebelum membuka air yang diletakkan disebelahnya.

Paling menarik, video itu juga menunjukkan wajah Aafiyah yang menanti sambil duduk di atas tangga dengan mimik muka comel.

#Repost @dayahzubit with @make_repost ・・・ Sebab kakak rasa kakak perlu take part in this challenge too. Agak2 Aafiyah sabar ka tak tunggu kakak? ? @ctdk . Kalau Aafiyah berjaya, Aafiyah nak challenge @arifjiwaasyraf pulak buat #patiencechallenge ni heheehe ? @tyaarifinnw

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Difahamkan, tujuan video itu diambil untuk turut sama menyertai cabaran yang tular di mana ibu bapa melakukan cabaran untuk menguji tahap kesabaran (#patiencechallenge) anak-anak mereka yang masih kecil.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-ratanya memuji kecomelan Aafiyah dan menyifatkan sikap sabar itu diwarisi oleh ibunya.


Sebelum ini, bintang antarabangsa Kylie Jenner juga turut mengambil bahagian dalam cabaran tersebut bersama anak perempuannya, Stormi.