Pelakon dan pengarah terkenal, Sabri Yunus dinobatkan sebagai Duta Anak Seni Kelantan sempena Malam Himpunan Dikir Barat 2022 di sebuah hotel pada Jumaat.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, Sabri merupakan salah seorang daripada 24 penerima anugerah menerusi sembilan kategori yang diperkenalkan khususnya kepada penggiat seni budaya dikir barat.
Menurutnya, selain Sabri, Jen Endoro, Jali Bunga Tanjong, Cikgu Sulizi, Eyo Hock Seng, Hamid Budaya, Tok Wan Hasan Gula Batu, Tuan Kob Raja Saring dan lain-lain ikon dikir barat turut menerima pengiktirafan.
“Kerajaan negeri yakin penganjuran Malam Himpunan Dikir Barat berjaya mencapai objektif iaitu memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dikir barat yang telah mengharumkan nama negeri Kelantan.
“Selain itu, acara itu juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim penggiat seni dikir barat seluruh Kelantan dan memartabatkan seni tersebut sebagai warisan budaya negeri ini agar tidak hilang dan pupus,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Tambah Ahmad, kerajaan negeri sentiasa menyokong anak seni yang giat memartabat dan mempertahankan seni warisan budaya Kelantan.
Sumber: Kosmo Online
Azwa Rahman
Sat May 14 2022


Nak Tiket Percuma Saksikan Netball Super League Live? Ini Cara Mudah Untuk Dapatkannya!
Wah mudahnya!

“Sedaya Upaya Mengelak” - Aduhai, Restoran Mamak Nak Naikkan Harga Roti Canai?
Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA) menjelaskan...

Zalif Sidek Guna Pengalaman Lama Sebagai PA Artis Bagi Menjayakan Watak…
Guna pengalaman lama dalam filem

“Kalau Pahang Memang Tempoyak La..” - Tak Suka Makan, Peminat Ucap 'Good Luck' Pada Uqasha Senrose
Alamak!

#Foodieslife: Kurang Pengambilan Protein Boleh Sebabkan Panjang Umur?
Kajian baharu mendapati kemungkinan kurang pengambilan protein boleh memanjangkan usia

“Shakabom” - Next Level Punya TikTok! Tapi Ramai Minta Mamat Tegur Datuk Siti? Berani Ke?
“Mamat berani tak nak tegur, penyanyi nombor satu tu”.

“Kedua-Duanya Betul…”- Jadikan Isu Sakit Ustaz Kazim Marketing Filem? Ini Jawapan Mawi…
Akhirnya Mawi sebagai pengarah buka mulut...

“Fatima Sukakan Baby…”- Mahu 3 Anak, Fazura Akui Rancang Anak Kedua Pada…
Dah plan 2nd baby rupanya...

“Awak Panggil Ramai Jatuhkan Saya…” - Isu 'Duit Palsu' RM10K, Tiktokers Akhirnya Buat Laporan Polis?
“Ramai tertanya-tanya kenapa Puteri tak buat report.

Pilihan Sabtu: Siti Tak Kritik Tak Tunjuk Wajah Anak, Sufian Masih Mencari? Siapa Yang Mesra Dengan Anak HIV & AIDS?
Apa cerita Sabtu?