Laman Utama

Sabronzo ‘Kunci Mulut’ Isu Imej Seksi Dolla, Hormat Keputusan Pihak Pengurusan: “Tugas Kami Hanya Buat Persembahan & Menyanyi”

Asyikin Mayudin
28/09/2022
21:55 MYT
Salah seorang anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo memberitahu dia terpaksa mengunci mulut berhubung isu penampilan seksi mereka ketika membuat persembahan di Good Vibes Weekender baru-baru ini.
Menurut Sabronzo atau Sab, dia menghormati keputusan syarikat pengurusan mereka yang mahu mengeluarkan kenyataan secara rasmi daripada pihak mereka sendiri.
“On behalf of Universal Music, mereka tidak benarkan kami keluarkan kenyataan lagi sebab nanti mereka akan beri kenyataan.
“Saya pun kena hormat keputusan pihak pengurusan yang tidak benarkan untuk saya beri kenyataan. Lagipun, kami hanya artis dan pihak pengurusan yang buat segala keputusan.
“Sebagai artis, kami hanya ikut saja. Sebab tugas kami hanya untuk buat persembahan dan menyanyi… itu saja,” kata Sabronzo kepada Gempak.
Sabronzo ditemui ketika pratonton RR Bridal RTW 22 yang diadakan di ShangriLa Hotel Boutique, Kuala Lumpur pada Rabu.
Terdahulu, imej seksi ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya di acara hiburan tersebut mengundang kecaman netizen.
Malah ada juga membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan yang merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang turut hadir di lokasi yang sama.
Sebelum ini, Sabronzo pernah dikritik kerana dianggap keterlaluan apabila menari tarian dipercayai gaya ‘twerk’ yang terkenal dengan aksi seksi dan menggoda.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

gempak
23/07/2024
02:55 MYT
Tampil dengan pakaian serba sopan dan cerah, ternyata bekas anggota kumpulan Dolla itu nampak manis dan berseri.
Hiburan

Terima Mesej Berbaur L*cah, Ini Respons Ain Edruce: “Saya Tak Pernah Pakai Baju Jarang”

gempak
19/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Ain Edruce meluahkan rasa berang apabila menerima mesej berbaur lucah daripada netizen yang tidak dikenali menerusi Instagram baru-baru ini.
Hiburan

"Saya Sedih, Berharap Mereka Datang Majlis Kahwin Saya..." - Syasya Rizal

gempak
26/06/2024
03:30 MYT
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal akui sedih apabila majlis resepsi perkahwinannya yang berlangsung baru-baru ini tidak dihadiri oleh Sabronzo, Tabby & Angel.
Hiburan

“Kalau Saya Tak Ada Masa, Suami Tolong Gosokkan” - Syasya Rizal Dah Lama Niat Nak Bertudung, Kehidupan Makin Tenang

gempak
10/06/2024
03:55 MYT
Bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal mengakui dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung namun mengambil masa untuk berubah disebabkan masih terikat dengan kerja.
Hiburan

Netizen Dakwa Nenek Tak Restu, Ini Jawapan Syasya Rizal & Suami

gempak
09/06/2024
01:58 MYT
Timbul dakwaan mengatakan nenek kepada bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon senior, Rozie Othman tidak merestui perkahwinan cucunya dengan suami, Nasrullah Mohd Sapie.