Mediaberg Productions dengan bangganya mengumumkan kepulangan ilusionis terkenal, The Sacred Riana, ke Malaysia untuk pertunjukkan satu malam sahaja pada bulan Julai 2023.



The Sacred Riana telah menawan penonton di seluruh dunia dengan gaya ilusi yang pelik dan telah menjadi salah satu nama yang paling dikenali dalam dunia magik dan ilusi.

Pertunjukan ini akan menjanjikan satu pengalaman yang baru kepada peminat magik dan ilusi tempatan.

The Sacred Riana akan mempersembahkan ilusinya yang luar biasa di atas pentas, yang menggabungkan ketegangan psikologi, visual, dan penceritaan interaktif.

Pertunjukan ini akan menampilkan ilusi yang belum pernah dilihat sebelumnya, serta beberapa penampilannya yang paling popular, yang akan memukau penonton.

Mediaberg Productions berkomitmen tinggi untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua peserta dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan semua langkah keselamatan akan dilaksanakan.