Hollywood
Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.
Bunuh dan kerat anggota badan
Joksimovic bukan hanya dibunuh dengan cara dicekik tetapi tanpa perikemanusiaan suami yang hanya dikenali sebagai Thomas mengerat anggota badan wanita itu dengan menggunakan pisau hiasan pokok.Tidak cukup dengan itu, anggota badan yang telah dikerat-kerat kemudian dilumatkan menggunakan blender atau pengisar sebelum dicampur dengan bahan kimia dalam usaha menghilangkan bukti.
Insiden sadis tersebut berlaku pada Februari lalu, lapor DailyMail.uk.
Menurut laporan sama, lelaki berusia 41 itu mengaku membunuh isterinya yang pada waktu kejadian berusia 38 tahun selepas mendapat tahu Joksimovic mahu keluar daripada perkahwinan atau meninggalkannya.
Pasangan tersebut berkongsi dua anak bersama. Ironi mereka kerap mempamerkan gambar mesra dan aktiviti bersama di media sosia.
Sementara itu seorang teman mengaku Joksimovic sudah lama merancang untuk meninggalkan Thomas namun takut untuk berterus terang.
Must-Watch Video