Hiburan
Safawi Rasid Ada ‘Game’ Di Thailand, Syifa Melvin Luah Rasa Rindu & Risau – “Bila Dah Kahwin Kita Saja Kenal Suami Kita”
Pelakon Syifa Melvin meluahkan rasa rindu terhadap suaminya yang juga pemain bola sepak, Safawi Rasid kerana berjauhan atas komitmen kerja di luar negara.
Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, berkata, dia sentiasa mendoakan kesejahteraan buat suaminya itu biarpun sering ditinggal.
“Rindu laki extra sikit harini, laki travel away cari rezeki untuk anak bini, demi kelansungan hidup.
“Selalu selalu lah kita doa kesejahteraan, keselamatan suami kita. Walaupun selalu kena tinggal tapi takpala doa dan semangat selalu mengiringi,” kongsi Syifa di Instagram.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia dapat merasakan perbezaan perasan rindu ketika bercinta dan ketika berkahwin.
Selain itu, Syifa juga turut mengakui terbit rasa risau akan keselamatan suaminya itu terutamanya ketika berjauhan.
“Berbeza sangat perasaan rindu bercinta dengan rindu dah kahwin, rindu + risau .. risau yang ke arah keselamatan dia, kalau becinta risau pada benda yang bukan-bukan hahaha.
“Bila dah kahwin kita saja kenal suami kita luar dalam, dia juga la yang kenal kita luar dalam bukan orang lain termasuk keluarga kita sendiri.
“Semoga suami suami kita selamat pergi balik cari rezeki, dikurniakan hati yang tenang supaya kebaikan tu semua kita dan keluarga dapat rasa,” coretnya lagi.
Untuk info, Safawi yang juga pemain bagi skuad bola sepak Terengganu FC itu kini berada di Bangkok, Thailand bagi perlawanan akhir peringkat kumpulan Piala ACC Shopee.
Untuk info, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Saif Sulaiman, 1.