Safee Sali Bangga Muncul Di IG Rasmi FIFA World Cup – “Walaupun Server Hanya Untuk Malaysia…”
Khairil Khusyairi
25/08/2024 10:30 MYT
25/08/2024 10:30 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali meluahkan rasa bangga apabila nama dan gambarnya dimuatnaik oleh akaun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) World Cup, baru-baru ini.
Harap Lahirkan Pelapis Lebih Berbakat
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Safee berharap arena bola sepak kebangsaan dapat melahirkan pelapis-pelapis yang berkualiti.
“Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam sukan ini selama saya pernah bermain.“Sekarang saya berharap dan berdoa kita mampu melahirkan pelapis dan bakat yg lebih baik daripada saya,” tulisnya.
“Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam sukan ini selama saya pernah bermain.
“Sekarang saya berharap dan berdoa kita mampu melahirkan pelapis dan bakat yg lebih baik daripada saya,” tulisnya.
Bangga Bakat Tempatan Diangkat
Biarpun perkongsian tersebut hanya terhad kepada negara Malaysia, Safee tetap bangga kerana pencapaian anak Malaysia diangkat di pentas antarabangsa.
“Dengan pautan terbaru daripada laman sosial badan organisasi bola sepak dunia walaupun server hanya untuk Malaysia, konten itu menunjukkan bakat kita disanjung oleh negara bola sepak dunia yang lain.“Kita patut berbangga dan merasa kita ada sebaris dgn negara-negara besar yang lain di luar sana. Tunjukkan kita anak bangsa yang berilmu dan berfikiran matang dalam membuat sebarang komen.
“Dengan pautan terbaru daripada laman sosial badan organisasi bola sepak dunia walaupun server hanya untuk Malaysia, konten itu menunjukkan bakat kita disanjung oleh negara bola sepak dunia yang lain.
“Kita patut berbangga dan merasa kita ada sebaris dgn negara-negara besar yang lain di luar sana. Tunjukkan kita anak bangsa yang berilmu dan berfikiran matang dalam membuat sebarang komen.
“Feel very proud & blessed,” coretnya bangga.
Terdahulu, akaun IG FIFA World Cup memuat naik beberapa foto Safee ketika berkhidmat sebagai pemain kebangsaan berserta kapsyen Bahasa Melayu.
“Safee Sali antara penyerang prolifik yang pernah skuad Harimau Malaya ada!,” tulis akaun tersebut.
Untuk rekod, Safee meledak lebih 136 gol bersama kelab dan mengumpul 47 jaringan buat pasukan kebangsaan, Harimau Malaya.
Safee membantu Harimau Malaya memenangi kejuaraan tunggal di Piala AFF pada tahun 2010 dengan dia turut dinobatkan sebagai penjaring terbanyak pada edisi itu selepas meledak lima gol.
Selepas hampir 20 tahun berada dalam arena itu, Safee mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak professional pada Februari 2023.