Bintang bola sepak terkenal tanah air, Safee Sali bakal menjadi penyampai baharu di radio ERA.

Menerusi segmen baharu Super Safee ERA bakal menampilkan Safee Sali sebagai personaliti jemputan ERA.

Safee akan berkongsi info terkini berkaitan sukan tempatan dan antarabangsa yang merangkumi berita, topik perbualan dan temu bual bersama tetamu undangan dari dalam dan luar bidang sukan.

Segmen Super Safee ERA akan ke udara mulai 12 Ogos, jam 10 pagi, setiap Sabtu.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengurus Kandungan ERA, Hani Fadzil di Majlis Ulang Tahun Ke-25 ERA yang berlangsung di Sky Lounge, NU Sentral, Kuala Lumpur sebentar tadi.

"Safee akan mengulas sudah tentu tentang sukan yang akan mengulas tengah viral terkini dalam bidang itu atau sebagainya untuk pendengar dan dia bakal menjadi keluarga baru ERA," katanya.

Sementara itu, Safee yang turut hadir di sidang media memberitahu sangat teruka dan gembira menceburi bidang penyampaian radio.

"Saya gembira dan tak sabar untuk memulakan tugasan baru dalam cabang baru sebagai ahli sukan. Jadi, saya akan berkongsi mengenai info terkini dan ahli sukan bukan dari tanah air sahaja malah antarabangsa juga.

"Dalam segmen saya nanti, ada sesi temu bual bersama artis dan atlet yg terlibat dalam industri sukan sama ada tempatan atau luar negara.

"Bukan senang untuk saya terima tapi saya suka cabar diri saya dengan benda baru kerana perkara ini menarik untuk saya tunjukan bahawa bidang sukan juga boleh diperkembangkan," katanya.

Selain segmen baru itu, sempena ulang tahun radio berkenaan segmen lain sepertu Seram Sabtu ERA, Throwback ERA dan Soundtrak ERA.

Segmen-segmen lain di hujung minggu yang tersedia ada termasuk ‘Sabtu Pagi ERA’ bersama Namie dan Hawa Rizwana; ‘Carta ERA 40’ bersama Elly Mazlein @ Lina Pom Pom; ‘Flow ERA’ bersama Zahier; ‘Hallyu ERA’ bersama Munaa Bella; dan “Lagu Baru Nak Up” bersama Fazziq.

BACA: "Memang Berat Buat Keputusan Ini..."- Safee Sali Nekad Bersara, Bakal Lahir Generasi Bola Sepak Malaysia Baharu​