HIBURAN

Safee Sali ‘Teracun’ Dengan Akak Naga, Aksi Menari Buat Netizen Pecah Perut - “Ini Anak Yang Nak Main Ke Abahnya…”

Asyraf Roslan 17/08/2025 | 03:55 MYT

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video di media sosial yang memaparkan dirinya menari dengan permainan baharu yang baru dibelinya.

Menerusi hantaran di Threads, Safee berseloroh mengatakan dirinya ‘teracun’ gara-gara pengaruh personaliti dikenali sebagai Aakak Naga.

“Ini semua gara-gara Akak Naga, teracun dah. Anak ke bapak yang lebih-lebih ni.

“Terima kasih Akak Naga berjaya melalaikan saya,” tulisnya ringkas.

Video tersebut pantas mencetuskan reaksi ramai.

Rata-rata pengikutnya terhibur dengan gelagat spontannya dan ada yang sempat ‘mengusik’ Safee supaya kembali menyertai siaran langsung Kakak Naga kerana pergerakannya masih belum begitu kemas.

“Ini anak yang nak main ke abah nya yang nak main ni? HAHAHAHA.. anyway, abah nya sila masuk live kelas ulangan tarian akak naga okay.. step joget banyak perlu di baiki.

“Aku dah cakap dah. Yang besar lebih excited.

“Salah tu. Kepala tak teleng. Nanti kakak naga bebel lagi.

“Siapa sangka safee sali pun terjebakk.

“Asal kepala aku bergoyang ni. HAHAHAH.

“Ok nak cari la sotong ni,” tulis netizen.

#Safee Sali #Akak Naga