Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Safety First Next Level!" - Naomi Campbell Pakai Sut Hazmat Di Lapangan Terbang

Amri Hassan
11/03/2020 05:25 MYT
Jika tahun lalu gambar supermodel Naomi Campbell mengelap tempat duduk dalam pesawat peribadi tular, lain pula tahun ini.

Bimbang dengan penularan wabak Coronavirus (Covid-19), Naomi dilihat menyarung sut hazmat di lapangan terbang baru-baru ini.

Model berusia 49 tahun itu memuat naik fotonya berpakaian sut hazmat putih lengkap bercermin mata dan memakai penutup muka.

Malah, Naomi turut menyarung sepasang sarung tangan berwarna merah jambu dan membawa bagasi berwarna putih.

"Safety first next level," tulis Naomi di Instagramnya.

Safety First NEXT LEVEL. Thank you @lindaevangelista Full video coming on my YouTube soon…

A post shared by Naomi Campbell (@naomi) on


Safety first.

A post shared by Naomi Campbell (@naomi) on


Naomi pernah memuat naik videonya menjaga kebersihan setiap kali melancong ke negara luar di saluran YouTubenya, sama seperti apa yang sedang dilakukannya.

Fotonya itu mendapat pelbagai reaksi netizen hingga ada yang menyifatkan tindakan Naomi itu wajar ketika keadaan kesihatan dunia sekarang yang semakin meruncing.
#Viral #Viral #Naomi Campbell #Sut Hazmat