Safiey Illias Putuskan Jual Rumah, Netizen Pula Pesan - “Jangan Mencabar Tuhan Terutama…”
Izwan Isa
01/02/2022 01:50 MYT
01/02/2022 01:50 MYT
Nama pengusaha kosmetik kontroversi Safiey Illias tiba-tiba menjadi bualan apabila dia memuat naik perkongsian terkini di Instagram.
Menerusi hantaran berkenaan, Safiey memaklumkan yang Instagram akaunnya yang lama telah dipadam dan dia berhasrat untuk menjual rumahnya selepas enam tahu didiami.
“Lama saya menyepi kan? Hampir dua, tiga bulan. Dengan IG lama saya yang (ada) 1.1 juta followers itu sudah dipadam oleh pihak Instagram sendiri.
“Mungkin sebab dulu ramai orang report masa kes masuk lokap. Dan mungkin juga sebab SKMM take down IG saya tu. Nak buat income pun susah dengan IG baharu ni.
“Hari ini Allah beri kekuatan kepada saya untuk update status ini. Biarlah apa korang nak cakap. Masa inilah korang nak gelak dan ketawa sepuasnya.
“Ingat tak dulu saya pernah cakap nak jual rumah Sunway Montana ni? Jadi, semalam saya dah buat keputusan untuk jual rumah ini. Selamat tinggal rumah ku 2016 - 2022. Terima kasih Allah SWT beri pinjam sekejap rumah ni pada saya,” katanya.
Sungguhpun status Safiey itu kelihatan normal, sama seperti individu lain yang memutuskan untuk menjual rumah, namun, lain pula bunyinya menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.
“Marketing jugak ke ni? Selalunya kalau jadi jantan ni sebab sendu nak cari marketing. Esok dah kaya lupa diri balik,” tulis seorang netizen.
“Kita tak ketawa… tapi akan tengok ni sebagai pengajaran. Jangan mencabar tuhan terutama mengubah ciptaan-Nya. Mohon berubah berkekalan sampai ke tua,” ujar seorang lagi netizen.
“Allah uji tarik segala nikmat-nikmat yang indah. Berbalik dan berubahlah ke fitrah asal. Hidup akan lebih berkat dan tenang. Moga baik-baik semuanya,” tulis seorang wargamaya.
Terdahulu, pemilik Instagram (IG) ‘safieyillias94’ ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur menerusi platform Instagram Live.
BACA: Sembang Lucah Dengan Kanak-Kanak Bawah Umur Di Instagram Live, Pemilik IG ‘Safieyillias94’ Ditahan Polis
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.