Usahawan kontroversi, Safiey Illias sekali lagi menyorot perhatian netizen apabila memuat naik gambar throwback ketika dia masih di bangku sekolah.

Menerusi ruangan kapsyen gambar berkenaan, Safiey berkata gambar tersebut dirakam ketika dia berada di tingkatan 1.

Selain itu, Safiey turut mendedahkan tentang kesukarannya untuk mendapatkan tona kulitnya yang cerah seperti hari ini.



“Selamat pagi semua. Salam Jumaat. Saja upload gambar Nurwanita masa form 1. Gelap kan kita. Sebab tu sampai sekarang kita memang tak pernah tukar jual produk-produk kasi skin glow mulus gitu.

“Sebab kita pun struggle dulu nak dapat skin macam skrg. Sebab tu customer kita daripada 2010 sekarang tetap setia dengan kita walau kita keluarlah lain-lain brand produk. Sebab mereka dah percaya dengan keberkesanan produk kita,” katanya.

Safiey turut menjelaskan yang setiap orang perlulah mempercayai proses yang berlaku dan tidak membandingkan diri dengan orang lain.

“So tips pagi ni , trust the process tau. Nak dapat customer yang setia ni semuanya ambil masa. Jangan compare diri kita dengan orang lain.

“Lain orang lain targetnya, lain padang lain belalangnya,” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, ramai yang memuji kesungguhan Safiey mengelolakan bisnesnya. Tapi, masih ada yang mempertikaikan keadaan usahawan itu pada masa kini yang ke arah kewanitaan.

“Safiey ni hebat orangnya. Kalaulah kamu menjadi diri kamu sendiri, nikahi seorang wanita, luaskan kerjaya. Banyak manfaat orang boleh dapat daripada seorang Safiey Illias. Dahlah SPM perform, bisnes perform. Tapi sayangnya, hmm.”

“Kalau abang tak tukar jantina dah lama hensem. Saya dah lama pendam ayat ni hari ni terpaksa jujur. Semoga ada cahaya hidayah abang untuk bertaubat.”

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.