Hiburan
Safiey Tak Sokong Sajat, "Jangan Buat Main Dengan Bab Agama ..."
Usahawan kontroversi, Safiey Illias akui turut sama terkena tempias dengan isu Nur Sajat Kamaruzzaman.
Sebelum ini, nama Sajat menjadi bualan ramai selepas berkongsi foto dan video memakai pakaian yang mencolok mata di Instagram (IG).
Ketika dihubungi Gempak, Safiey menyatakan dia tidak menyokong dengan apa yang dilakukan Sajat kerana berkait rapat dengan agama.
"Saya tidak menyokong dengan apa yang Sajat buat. Jauh di sudut hati saya sebenarnya jangan buat main dengan bab agama dan perkauman kerana isu ini sensitif kepada masyarakat.
"Saya sendiri pergi mengerjakan Umrah dengan berpakaian lelaki. Apa yang Sajat buat memang saya kena tempias juga. Saya taktahu apa-apa.
"Tapi saya tak boleh terus mengutuk dia. Saya tak nak masuk campur dengan urusan dia," katanya.
Tambah pelantun lagu Apa Salah Syinta, dia tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan justeru memilih untuk berkongsi tentang kecantikan dan perniagaan.
"Jadi saya hanya akan bercerita tentang diri saya dari sudut positif. Takkan dia tayang buah dada saya nak bogel pulak.
"Saya kena tunjukkan sudut berbeza kepada masyarakat. Ada yang baik juga mengenai mak nyah ini contohnya dari segi kecantikan dan perniagaan," katanya lagi.