Safiyyah Ashraf Nama Puteri Bongsu Ashraf Muslim

Amri Hassan
September 12, 2018 08:29 MYT
Pelakon Ashraf Muslim akhirnya mendedahkan wajah dan nama puteri bongsunya yang telah selamat dilahirkan seminggu lalu.
Memperkenalkan anak bongsunya sebagai Safiyyah Ashraf Mohd Ashraf, majlis tahnik ringkas turut diadakan bersama Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid semalam.
"Memperkenalkan seorg lagi puteri ayah, Safiyyah Ashraf Mohd Ashraf.
"Alhamdulillah selesai majlis tahnik oleh Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid.
"Terima kasih kerana sudi mentahnik anak saya. Semoga anak kecil saya ini menjadi anak yg solehah dan berakhlak mulia serta dipandang tinggi oleh Allah swt.
"Semoga kehadiran Safiyyah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yg terjalin selama ini.
Ayah, mama, ibu, kakak dan abang-abang sayangkan Safiyyah," tulisnya.
#Anak #Ashraf Muslim #Safiyyah Ashraf #Tahnik