Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Saguhati RM300 Jadi Isu, PU Riz Tak Berniat Perlekehkan Pelajar Tak Cemerlang - "Ada Di Kalangan Saya Pilih Memang Betul-Betul Memerlukan"

Zulaikha Yusof
28/06/2021 04:20 MYT
Pelakon dan pendakwah PU Riz, 26, tampil bersuara selepas ada segelintir individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya memberi wang tunai berjumlah RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.

Menurut PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata dia tidak ada niat untuk merendahkan pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan.

“Kau bagi RM300 je buat apa?” Pertamanya, saya nak klarifikasi di sini tujuan saya beri saguhati ini bukanlah berniat untuk merendahkan pihak yang kurang keputusannya dalam SPM.

"Tujuannya adalah untuk pembakar semangat agar terus dan terus lagi berjaya..Ye betul ini hanya usaha yang kecil.Tapi ada di kalangan pelajar yang saya pilih memang betul-betul memerlukan.

"Ada yang dari kampung mak ayah tak sihat, ada yang kurang upaya dan bermacam lagi cerita yang sadis (sedih). Kegembiran manusia apabila dibantu manusia yang lain.

"Sebaik baik manusia adalah mereka yang beri manfaat pada manusia yang lain. Ini antara yang saya mampu. Saya bantu. Insya-Allah ada peluang saya bantu lagi dengan izin Allah swt," tulisnya di Instagram (IG).

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)


Dalam pada itu, suami kepada selebriti sensasi Neelofa turut menitipkan pesanan kepada pelajar yang bakal menduduki SPM.

Katanya, jalan menuju kejayaan adalah dengan menjaga hubungan baik dengan kedua orang tua, sentiasa bersedekah serta sering melakukan amalan mulia tanpa mewar-warkan.

"Tahniah kepada semua pelajar SPM walau berapa pun keputusan anda.

"Kejayaan bukan bergantung kepada hanya kepada SPM. Yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini do your very best!

"Baikkan hubungan dengan mak ayah. Sentiasa sedekah walaupun kalian pelajar.

"Banyakkan amalan sembunyi kita dengan Allah (jangan pamerkan). Insya- Allah suatu hari nanti kejayaan yang besar akan kalian perolehi insya-Allah," tulisnya lagi.

#PU Riz #Pelajar SPM #Saguhati #RM300 #5A
;