Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Sah Bergelar Isteri, Nabila Huda Tersenyum Manis

Ahmad Shah 25/12/2015 | 04:14 MYT

Dengan sekali lafaz, pelakon Nabila Huda selamat bergelar isteri kepada pengurus restoran Kulcats, Mohd Izwan Johar, 32, sebentar tadi.

Majlis pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah pada jam 9.20 pagi.
Nabila yang juga merupakan anak sulung kepada vokalis kumpulan Search, Amy kelihatan begitu anggun mengenakan busana berona putih sambil tersenyum manis.
Akad nikah tersebut disempurnakan sendiri oleh bapanya, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman dengan disaksikan jurunikah.
Mohd Izwan menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM300 beserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.
Walau bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan oleh pasangan tersebut.
Majlis pernikahan Nabila dan pasangan berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.
Sebelum ini Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008 sebelum berpisah tiga tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.
Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto pernikahan Nabila yang diambil menerusi Instagram dengan menggunakan hashtag #abilbert.
Susunan Semula: Mya Amri
Sumber: BH Online

#Nabila Huda #Nikah
;