Sah Cerai Dengan Dr Munzir, Puteri Zarith Rasa Seperti ‘Reborn’ - “Saya Mahu Jalani Kehidupan Dengan Indah”
Asyikin Mayudin
12/08/2024 23:55 MYT
12/08/2024 23:55 MYT
Rumah tangga yang dibina selama 15 tahun berakhir dengan perceraian selepas uahawan dan selebriti media sosial, Puteri Zarith bercerai talak satu dengan Dr Munzir Shkori di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, pada 12 tengah hari, Isnin.
Cerai Menerusi Hakam
Puteri Zarith memberitahu hakim memutuskan untuk mereka bercerai secara hakam selepas Dr Munzir enggan melafazkan talak secara rela.
“Kami sudah sah bercerai dengan talak satu menerusi proses hakam. Mulanya saya fikir dia akan bersetuju untuk lafaz cerai, tetapi dia enggan. Jadi hakim putuskan cerai secara hakam saja,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Zarith turut berkata dia ingin memulakan fasa hidup yang baharu dengan lebih indah.
Mahu Jalani Hidup Indah
"Saya rasa seperti dilahirkan semula, ‘reborn’. Semoga segala yang baik-baik untuk saya selepas ini. Saya mahu menjalani kehidupan dengan indah, insya-Allah,” ujarnya.
Terdahulu, Puteri menfailkan perceraian terhadap bekas suami pada Julai 2024.
ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Zarith Kurang Senang Netizen Kaitkan Kurus Sebab Penyakit - “Ibarat Mengharapkan Kita Sakit…”
ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman Video
Rumah tangga mereka dilaporkan mula bergolak apabila Puteri memberitahu sudah tidak tinggal sebumbung dengan bekas suami sejak Aidilfitri tahun lalu.
Imbas kembali, Puteri Zarith dan Dr Munzir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan Darwish dan Puteri Medina.