,
Sukan

Sah! Kim Pan-gon Bukan Lagi Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan

Gempak
16/07/2024
06:23 MYT
Teka-teki masa depan Kim Pan-gon akhirnya terjawab, pengendali itu mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan berbaki satu tahun dalam kontraknya.
Dalam satu sidang media khas di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selangor pada Selasa, jurulatih dari Korea Selatan itu mengesahkan khabar angin yang tular baru-baru ini.
"Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia, saya hari ini ingin mengumumkan saya akan meninggalkan jawatan saya dalam Harimau Malaya," kata Pan-gon.
Pan-gon, yang telah bersama pasukan sejak 2022, memainkan peranan penting mengubah nasib skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa, memimpin Harimau Malaya layak ke Piala Asia secara merit.
Jurulatih kelahiran Republik Korea itu turut memimpin Malaysia menamatkan saingan di tempat kedua saingan Piala Raja-Raja Thai 2022 dan Kejohanan Pestabola Merdeka 2023.
Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, bakal menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakal Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
Selepas tamat pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026, Pan-gon, menyatakan dia mahu kekal dan membantu Malaysia layak ke Piala Asia 2027 namun segala keputusan akhir terletak di tangan tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Untuk rekod, pengendali berusia 55 tahun itu telah memimpin 38 perlawanan dan merekodkan 20 kemenangan.
Sumber - Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Faisal Halim Sedih & Terkesan Dengan Keputusan Kim Pan-gon Letak Jawatan - “Saya Masih Ingat Dua Bulan Lepas Jurulatih Datang Ke Hospital & Berikan…”

gempak
17/07/2024
04:25 MYT
Keputusan Kim Pan-gon melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih pasukan kebangsaan berkuat kuasa pada Selasa membuatkan pemain bola sepak Faisal Halim berasa sedih dan terkesan.
Sukan

Kim Pan-gon Letak Jawatan? Tunggu Sidang Media Petang Ini…

gempak
16/07/2024
04:50 MYT
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengadakan satu sidang media khas petang ini, difahamkan pada jam 2 petang, di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Laman Utama

Piala AFF 2022: “Saya Bertanggunghawab, Jangan Serang Pemain” - Kim Pan Gon Tetap Bangga Dengan Harimau Malaya

gempak
10/01/2023
16:30 MYT
Kim Pan Gon tetap bangga dengan pemain.
Laman Utama

Dari Korea Untuk Malaysia, Ini 10 Fakta Menarik Kim Pan Gon Wajib Tahu!

gempak
15/06/2022
23:15 MYT
Tahukah anda siapa sebenarnya Pan Gon ini?