gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Jangan Sibuk Nak Tegur Rumah Tangga Orang Kalau…” - Che Ta ‘Geram’ Netizen Berterusan Pertikai Caranya Didik Anak
SUKAN
Klinik STL 2025 Bakal Cetus Transformasi, Sertai Kem Latihan Asas Di Pusat Akademi Sepak Takraw Negara Yang Pertama Di Malaysia!
HIBURAN
Netizen Kurang Senang Lihat Aishah Menari, Ini Respons Tuan Badan - “Kerja Saya, Tak Suka Sila Scroll”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Sah Nikah, Al Ghazali Beri Emas & RM9 Ribu Pada Alyssa Daguise

gempak
Maliah Surip
16/06/2025
12:25 MYT
Sponsor Banner
Sah Nikah, Al Ghazali Beri Emas & RM9 Ribu Pada Alyssa Daguise
Pasangan selebriti Al Ghazali dan Alyssa Daguise selamat menjadi suami isteri dalam sebuah proses pernikahan yang berlangsung damai di Hotel St.Regis di Setiabudi, Jakarta Selatan secara tertutup pada Isnin.

Sekali lafaz

Alyssa sah menjadi isteri anak Ahmad Dhani dan Maia Estianty itu hanya dengan sekali lafaz. Model cantik itu menerima emas seberat 16.6 gram dan wang RM9,940 sebagai mas kahwin.
Pernikahan Al dan Alyssa menarik perhatian bukan hanya kerana majlis yang berlangsung dengan gemilang sejak proses bersiram sehingga nikah tetapi kerana figura dan individu yang hadir memberi restu.
Tentu sahaja antara yang mencuri perhatian dan menjadi buah mulut adalah kehadiran ibu Al, Maia yang duduk menemani anak sulung hasil perkahwinan bersama Dhani pada hari bersejarah itu. Kehadiran Maia ditemani suami, Irwan manakala Dhani didampingi Mulan. Malah adik-beradik Al termasuk adik tiri juga meraikan majlis perkahwinan yang telah dirancang sejak tahun lalu itu.
Selain itu, antara yang menjadi bahan pemberitaan media tempatan adalah ketidakhadiran Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang dijadualkan menjadi saksi pernikahan Al dan Alyssa. Posisi Prabowo diganti oleh Menteri Perindustrian, Agus Gumiwang Kartasasmita.
Al dan Alyssa kemudian akan meraikan perkahwinan mereka dengan majlis undur menantu pada 19 Jun ini.
Topic Berkaitan
#Nikah
#Indonesia
#Al Ghazali
#Alyssa Daguise
Must-Watch Video