Sah! Presiden Indonesia, Jokowi, Prabowo Jadi Saksi Nikah Aurel Hermansyah & Atta Halilintar
Maliah Surip
03/04/2021 09:32 MYT
03/04/2021 09:32 MYT
Pasangan selebriti Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah akhirnya sah menjadi suami isteri dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Raffles Jakarta, Setiabudi, Jakarta Selatan, hari ini.
Hanya dengan sekali lafaz, Youtuber itu memperisterikan anak kepada pasangan Anang Hermasyah dan Krisdayanti itu.
Malah oleh kerana kedua ibunya masih berada di Malaysia kerana tidak dapat pulang akibat COVID 19, Atta Halilintar menggantikan tempat saksi orang tuanya dengan individu nombor satu Indonesia, iaitu Presiden Joko Widodo atau Jokowi.
Bersama Jokowi, posisi saksi dari pihak pengantin lelaki juga diwakili oleh Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto selain ustaz terkenal Gus Miftah sebagai wali pernikahan mereka.
Dalam pernikahan yang disiarkan secara langsung dari saluran televisyen Republik tersebut, Aurel menerima sepersalinan telekung dan sejadah sebagai mas kahwin dan wang tunai sebanya Rp 342.021 atau sekitar RM97 dibayar tunai.
Nilai wang tunai Rp 342.021 adalah simbolik kepada tarikh pernikahan mereka hari ini iaitu 3/4/2021.
Sementara itu majlis pernikahan anak tiri Ashanty dengan Atta itu disaksikan oleh seluruh keluarga pemudan tersebut yang digelar Gen Halilintar melalui aplikasi zoom dari Malaysia.
Pasangan ini merancang untuk mengadakan majlis persandingan atau resepsi di Stadium Bung Karno.
Instagram: @attahalilintar