Penerbit filem Venom 2, Amy Pascal telah mengesahkan filem ini akan kembali menemui peminatnya.

Watak utamanya, Tom Hardy juga tetap akan memikul peranan sebagai Eddie Brock, seorang wartawan yang bertukar menjadi makhluk Venom.

Memetik kenyataan penerbit itu menerusi Fandango, tiada siapa yang boleh menggantikan Tom Hardy untuk membawakan watak ini.

“Apa yang boleh saya cakap, dia akan kembali. Bila anda fikirkan tentang Venom, minda anda akan terus memikirkan Tom Hardy," jelasnya.

Menurutnya lagi, sekuel filem ini memang sudah ada dalam perancangan semenjak Venom berjaya mendapat kutipan yang agak memberansangkan.

Apabila ditanya tentang adakah penampilan Tom Holland sebagai Spider-Man akan wujud dalam Venom 2, Amy menjanjikan sesuatu yang hebat bakal menanti peminat Tom Holland tidak lama lagi.

Menurut Amy lagi, ramai yang mahukan watak Tom Holland ini untuk kembali mewarnai filem sekuel ini.

“Ia mungkin terjadi”, jelasnya ringkas kepada Fandango.

Bagi Presiden Marvel, Kevin Feige, beliau menegaskan semua watak adalah tertakluk kepada pihak Sony.

Venom, filem yang dikeluarkan pada tahun 2018 mencatatkan angka yang memberansangkan apabila mencatatkan USD 855 juta keuntungan.