Hiburan
Sah! YouTuber Didakwa Terlibat Kes Cabul Dibebaskan Dengan Jaminan....
Selepas ditahan reman pada Khamis lalu atas dakwaan mencabul, seorang YouTuber telah pun dibebaskan dengan jaminan polis.
Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris.
Menurutnya, suspek dibebaskan semalam dengan jaminan polis.
"Ya, lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Pihak polis masih teruskan lagi siasatan yang belum lengkap," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, YouTuber tersebut dikatakan tampil menyerah diri selepas laporan berhubung kes cabul dibuat terhadapnya oleh seorang wanita berusia 24 tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas sesi penggambaran sebuah drama Youtube awal Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian, Kelantan.
"Kejadian berlaku pada pagi 1 Ogos lalu membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun yang juga pelakon dalam drama terbabit," katanya.
Must-Watch Video