Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Sahabat Dari Dewi Remaja, Izara Aishah Jadi Wajah Kempen Raya Tudung Neelofa - “Terima Kasih Pilih Saya Kalofa..”

Azwa Rahman 13/03/2022 | 06:23 MYT
Pelakon Izara Aishah meluahkan rasa bersyukur apabila dipilih untuk menjadi wajah kempen raya bagi milik rakan seangkatanya di dalam pertandingan Dewi Remaja, Neelofa.
Menerusi laman sosial Instagram, Izara berkonsi foto-foto menggayakan koleksi tudung terbaharu Naelofar Hijab untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah, terima kasih sebab memilih saya Kalofa,” tulis Izara.
Menurut Neelofa sendiri, dia ternyata gembira apabila akhirnya dapat menggunakan khidmat Izara sebagai wajah penghias kempen tudung kali ini.
“Masyallah, semua gambar cantik! Akhirnya dapat jugak Naelofar berwajahkan Izara for Raya,” ujar Neelofa di ruangan komen.

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial)

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji wajah manis Izara menggayakan hijab bercorak yang menyerlahlan lagi kejelitaannya.
“Cantik tengok Izara senyum nampak gigi,” ujar seorang wargamaya.
“Bertuahnya dapat jadi duta,” komen seorang wargamaya.
“Ini pilihan yang tepat,” sokong seorang wargamaya.
“Masyallah cantiknya. Saya akan beli sebab Izara,” kata seorang wargamaya.
“Gambar ketiga tu nampak lain sangat,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 55,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info,selain Izara dan Neelofa, antara selebriti lain yang turut menyertai pertandingan Dewi Remaja pada tahun yang sama adalah Syatilla Melvin, Anzalna Nasir dan Azar Azmi.
#Neelofa #Naelofar Hijab #Izara Aishah #Dwei Remaja
;