Awal Oktober lalu Gempak berkongsi kisah Hafiz Mahamad, seorang personaliti media sosial dan usahawan yang sanggup meninggalkan segala kerjanya di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung halaman untuk membantu rakannya yang terkena strok.

Baca: “Stroke Sebab Kerja Kuat” – Sahabat Sejati! Lelaki Ini Terus Batal Semua Kerja, Fly Dari KL Ke Kelantan Untuk Bawa Rakan Ke Hospital

Kisah tersebut mendapat liputan meluas bukan sahaja oleh media tempatan, tetapi juga turut disiarkan di dalam rancangan Deddy's Corner di Trans TV, Indonesia.

Namun ketika ini, Hafiz yang sudah tiga hari berada di Kelantan memberitahu bahawa sahabatnya itu berada dalam keadaan tenat dan kritikal.

"Sahabat yang lain jaga diri baik-baik. Saya masih di Kelantan. Harini hari ke 3 saya disini, sahabat saya masih dalam ICU, keadaan tenat, kritikal & saya masih tak boleh lihat dia lagi. Takpa, saya menunggu.

"Pesan saya dekat sahabat yg masih sihat, jagalah kesihatan baik baik & ambil tahu keadaan sahabat yg lain. Jangan jadi orang yg 'happy' bila sahabat sedih. Jangan jadi batu api & melaga lagakan sahabat-sahabat," tulis Hafiz.

Tambah Hafiz lagi, dia memohon supaya sahabat-sahabatnya cuba memahami apabila ada sahabat lain ingin menyampaikan sesuatu dan hulurkanlah bantuan kepada sahabat ketika mereka memerlukan.

"Jika ada terasa hati, berdendam. Habiskan lah perasaan itu harini, kerana mati nanti sahabat ada di belakang untuk solat.

"Saya juga begitu, saya minta maaf jika ada salah silap pada sahabat-sahabat ku yg lain. Kisah saya bersama sahabat ni mengajar saya erti 'pengorbanan' sebenar untuk menjaga sahabat sahabat lain. Kamu masih sihat & kuat. Sahabat semua, jaga diri," tulis Hafiz lagi.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


Pada awal November lalu, Hafiz sanggup merentas negeri untuk menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik untuk sahabatnya itu.

Baca: Instafamous Rentas Negeri, Hadiahkan Kerusi Roda Elektrik Untuk Kawan Baik - "Mata Dia Berair, Saya Happy Sangat"

Dalam satu entri sebelumnya, Hafiz turut berkongsi video pendek dia bersama dua orang lagi sahabatnya terbang ke Kelantan kerana mendapat tahu sahabatnya itu berada dalam keadaan kritikal.

"Sahabat, Aku datang lagi. Bila saya dapat tahu dia tenat & kritikal. Hati ni, Ya Allah. Saya sedih, dia sahabat yg baik sangat. Tak boleh lupa kenangan yang ada selama ni.

"Sahabat tak sedarkan diri dan gagal bernafas. Sekarang, dia bernafas dengan bantuan (ventilator) tebuk dileher (tracheostomy). Sampaikan nak kena ambil air tulang belakang, keadaan dia memang sangat kritikal & berada dalam ICU sekarang," tulis Hafiz pada entri tersebut.

Tambah Hafiz, dia sanggup membelikan tiket kapal terbang buat dua orang sahabatnya lagi serta melakukan ujian saringan Covid asalkan dapat bersama dengan sahabatnya yang sakit.

"Andai kata masa dia tiba, izin kan suara aku, suara yg terakhir yg akan bisikkan kalimah Allah ditelingamu. Aku nak kau tau, aku selalu ada dengan mu, sahabat," tulis Hafiz.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


Menurut Hafiz lagi, dia menangguhkan semua kerja dan jadualnya minggu hadapan demi bersama sahabatnya itu. Tambahnya, dia tidak mahu berasa sedih dan menyesal kerana sahabatnya itulah yang banyak membantunya selama ini.

Kredit Gambar: Instagram Hafiz Mahamad