gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Kita Ada Scene Berkejaran…” – Amira Othman Masuk Set Penggambaraan? Netizen Teruja Siap Teka Dengan Fattah Amin
HIBURAN
Kurang 24 Jam! MV Monalisa Raih Lebih 50,000 Tontonan - “Percayalah Satu Hari Nanti Alpha Akan…”
HIBURAN
“Ada Orang Memang Suka Ajak Orang Lain Kutuk Orang Secara Terbuka Ya? Kecilnya Mentaliti" - Uyaina Arshad
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Sahabat Sejati, Dua Anggota Dadali Band Meninggal Dunia Kerana COVID 19

Maliah Surip
Maliah Surip
13/07/2021
08:15 MYT
Sponsor Banner
Sahabat Sejati, Dua Anggota Dadali Band Meninggal Dunia Kerana COVID 19
Kematian demi kematian yang tinggi dicatatkan rakyat Indonesia yang kehilangan nyawa kerana COVID 19.
Selepas beberapa orang pelaku seni republik ini meninggal dunia kerana positif COVID 19, kini khabar tak enak kembali menyapa.
Bukan seorang, tetapi dua orang anggota kumpulan Dadali dilaporkan meninggal dunia kerana dijangkiti virus yang berasal dari Wuhan, China ini.
Mereka adalah pemain keyboard, Rixx dan gitaris Yuda yang juga pencipta lagu popular Dadali, Di Saat Aku Mencintaimu.
Rixx dilaporkan meninggal dunia hari ini, Selasa (13/7/2021), sementara Yuda pulang ke Rahmatullah lima hari sebelumnya.
Khabar duka itu disampaikan oleh vokalis Dadali, Dyrga menerusi perkongsian di laman Instagram.
"Ya Allah sekarang keybordist-ku Rixx berpulang," tulis Dyrga.
"Selamat jalan sahabatku @rixxdadali, tenang bersama @yudadadali ya, tunggu kami. Nanti kami akan menyusul," tulis Dyrga dalam kemas kini lainnya.
Menurut laporan media Indonesia, Rixx telah kehilangan deria bau dan menjalani kuarantin kendiri di rumah. Kesihatannya sempat membaik, namun menjadi kembali buruk selepas menerima khabar kematian Yuda.
Pihak pengurusan Ascada Musik, Sakti memberitahu Rixx telah seminggu positif COVID 19. Selain Almarhum Rixx dan Yuda, Dyrga juga sempat dijangkiti virus tersebut.
"Rixx kembali ke Rahmatullah hari ini kerana COVID 19. Jika dibandingkan, keadaan Yuda lebih teruk dari Rixx yang hanya bergejala ringan.
"Tapi sebaik mendapat tahu Yuda meninggal, kesihatan Rixx menurun. Malah Dyrga lebih teruk kerana sewaktu positif, dia mengalami ruam di leher," lapor CNN Indonesia.
Kredit Foto: CNN Indonesia
Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#Indonesia
#Dadali
#Dadali Band
#Di Saat Aku Mencintaimu
#Rixx
#Yuda Dadali
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement