Saharul Ridzwan Beli Rumah Baru, Dapat Seperti Dalam Doa -"Tak Perlu Naik Lif"

ZULHILMI JALIL
Julai 16, 2020 23:51 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi berita gembira apabila impiannya untuk memiliki sebuah kediaman yang lebih selesa dan menyenangkan untuk keluarganya tercapai.
Menurut Saharul, 31, dia bersukur apabila doanya selama ini untuk memiliki sebuah rumah yang mempunyai kemudahan parkir yang lebih efisyen dimakbulkan tuhan.
"Rasanya dua tahun lepas, saya pernah post di Instagram, saya doa, saya nak duduk rumah yang senangkan kami sekeluarga.
"Tak perlu naik lif sebab setiap kali nak angkat barang macam payah. Lagi-lagi bila beli barang dapur.
"Jadi, tahun ini Allah makbulkan doa saya, rumah saya sendiri ni parkir betul-betul depan pintu, sama level dengan rumah. Jalan beberapa langkah sahaja sampai dah rumah," kongsinya menerusi satu entri did Instagram.
Dalam posting tersebut, Saharul turut memuat naik sebuah video yang memaparkan rumah baharunya yang sedang menjalani proses ubah suai dalaman.
Katanya, dia berharap jika diberi keizinan rezeki pada masa akan datang dia mahu memiliki rumah atas tanah pula.
"Walaupun belum lagi dapat beli rumah landed, tapi Allah makbulkan doa saya. Saya yakin inilah yang terbaik untuk saya pada waktu ini.
"Alhamdulillah. Insya-Allah, bila sampai masa, kita pindah rumah landed pulak ya sayang @deenaemir. Kuasa doa, usaha, sabar dan tawakal," katanya.
Sementara itu, di ruangan komen, isterinya, Deena Emir turut mengucapkan terima kasih buat suaminya itu yang sentiasa menyediakan yang terbaik buat keluarganya.
"Saspens betul ingatkan nampak interior dia. @saharulridzwan terima kasih sayang, Amin," tulisnya.
Saksikan drama lakonan Saharul Ridzwan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Saharul Ridzwan #Rumah #Kediaman