Hiburan

Saharul Ridzwan Kena Gari

gempak
Zulaikha Yusof
27/08/2020
23:16 MYT
Sponsor Banner
Saharul Ridzwan Kena Gari
Pelakon Saharul Ridzwan menyatakan kehidupannya berubah selepas memilih untuk menamatkan zaman bujang.
Menurut Saharul, 31, dia telah terikat dengan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak.
"Mat, kau lepas kawin, ada anak, banyak betul kau berubah. Lepak pun jarang, kena gari ke?
"Betul lah tu. Kena gari. Gari dengan tanggungjawab. Takut bini? Betul jugak tu.
"Takut bini sendiri tak dapat naik satu kapal yang kita sebagai suami yang menjadi nakhodanya," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon drama Selafaz Cinta turut menghargai pengorbanan yang dilakukan golongan suami demi menjaga keluarga.
"Saya percaya ramai suami dan bapa banyak berkorban demi tanggungjawab pada keluarga tercinta.
"Satu penghargaan dan ucapan terima kasih untuk anda semua. Teruskan semangat juang yang ada untuk kita berikan yang terbaik pada keluarga kita. Insya-Allah," tulisnya lagi.
Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live