Penyanyi Elyana menyahut cabaran untuk menggunakan aplikasi yang mengubah wajah menjadi tua atau #AgeChallenge.

Berkongsi foto terbabit di laman Instagram miliknya, kapysen yang dimuat naik wanita berusia 32 tahun ini mencuri perhatian netizen.

Masa ni saya nak pergi rumah Cinta. Nak main dengan cucu... Semoga Allah panjang kan umur saya, agar saya dapat merasa tua.. Amin Ya Rabbalalamin. #agechallenge

A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on


"Masa ni saya nak pergi rumah Cinta. Nak main dengan cucu... Semoga Allah panjang kan umur saya, agar saya dapat merasa tua.. Amin Ya Rabbalalamin," tulis Elyana.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengaminkan kapsyen Elyana agar hajatnya untuk dipanjangkan umur tercapai.



Elyana merupakan seorang pesakit kanser limfoma tahap empat dan sudah lapan tahun mengharungi hidup dengan kanser dalam tubuh badannya.

BACA: "Kepada Musuhku Kanser, Please Be Nice To Me" - Ucapan Elyana Sempena Tahun Baru 2019

Ada juga netizen yang memuji Elyana kelihatan cantik biarpun sudah tua, malah ada juga yang sebak membaca kapsyen yang ditulis oleh pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu.

Pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal ini mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Hussin pada 19 November 2010 dan dikurniakan seorang anak, Cinta Sumayyah, 8.