gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Pihak Datuk Amy Menuntut Beberapa Perkara Tapi…” - Peguam Shila Amzah
BERITA
Mertua Mulut ‘Puaka’, Minta Menantu Mati Semasa Bersalin
BERITA
Berang Isteri Tak Angkat Telefon, Lelaki Paksa Anak Minum Air Mangkuk Tandas
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Saif Ali Khan Ditikam, Bergelut Perompak Pecah Masuk Rumah

Maliah Surip
Maliah Surip
16/01/2025
07:27 MYT
Sponsor Banner
Saif Ali Khan Ditikam, Bergelut Perompak Pecah Masuk Rumah
Aktor terkenal Bollywood, Saif Ali Khan mengalami kecederaan dengan enam kesan tikaman selepas bergelut bersama perompak yang memecah masuk kediamannya.
Insiden yang terjadi pada Khamis pagi di kediamannya di Bandra membuat aktor tersebut menerima rawatan di Lilavati Hospital untuk menjalani pembedahan, lapor IndiaToday.
Saif kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas pembedahan.
Menurut kronologi kes, perompak memecah masuk kediamannya sekitar pukul 2.30 pagi tempatan.
Saif yang menyedari rumahnya dipecah masuk bergelut dengan perompak sebelum ditikam. Selain Saif, isterinya iaitu Kareena Kapoor dan dua anak mereka, Taimur serta Jeh turut berada di rumah.
Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat lokasi kejadian termasuk mengesan kesan cap jari dan menggunakan anjing untuk membantu menyelesaikan kes.
Sementara itu pihak keluarga pasangan Bollywood tersebut mengucapkan terima kasih di atas doa dan sikap prihatin peminat kepada mereka. Keluarga juga memastikan mereka berada dalam keadaan selamat.
Topic Berkaitan
#Saif Ali Khan
#Perompak
#Ditikam
#Saif Ali Khan ditikam
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement