Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Saif Sulaiman Alami Demam Panas Hingga Masuk Wad, Syifa Melvin Mohon Doa - “Berkecai Hati Tengok Anak Ibu Lembik…”

Khairil Khusyairi
18/10/2024 23:50 MYT
Usahawan Syifa Melvin memaklumkan anak sulungnya, Sulaiman dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam baru-baru ini.

Anak Demam Panas

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, meluahkan rasa gusar dengan keadaan terkini puteranya itu.

Tambah isteri kepada pemain bole sepak, Safawi Rasid itu lagi, demam Sulaiman turut mencatatkan suhu tertinggi iaitu 39.6.

“Berkecai hati ibu tengok anak ibu lembik satu harini, tak jadi askar pun harini, satu hari ibu tak nampak muka ceria dia.

“Everyone doa untuk Sulaiman ibu okay. Dia demam, spike sampai 39.6 paling tinggi, tapi suhu semua maintain 39, bagi ubat tahan 2 jam je pastu demam balik. Semalam ceria lagi,” kongsi Syifa yang juga adik kepada aktres, Syatilla Melvin.

Dalam pada itu, Syifa turut memohon semua mendoakan Sulaiman agar kembali sembuh.

“Doakan Nyawa syifa ni cepat sembuh okay, Ibu rindu nak main dengan bagi dia gelak,” tutupnya.

Untuk info, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata, Saif Sulaiman, 1.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin Akui Alami Perubahan Drastik Selepas Jadi Ibu - “Mula-Mula Kekok, Menitik Air Mata, Badan Penat”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kontraksi Rasa, Sakit Luka Czer Rasa” - Pengalaman Syifa Melvin Bersalin Ketika Kandungan 37 Minggu

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi

#Anak #hospital #Ibu #Safawi Rasid #Demam #Syifa Melvin
;