HIBURAN
Saiful Apek Didakwa Kena Tahan? Ini Respons Azlee Senario - “Baru Bangun Tidur, Memang Saya…”
Nama Saiful Apek secara tiba-tiba menjadi perbualan hangat di media sosial selepas sebuah portal hiburan melaporkannya menerima sekeping foto memperlihatkan kelibat seorang pelawak telah ditahan oleh pihak berkuasa pada Selasa.
Tak berhubung
Menerusi laporan portal hiburan itu, individu yang mengirim foto berkenaan mendakwa pelawak ditahan itu adalah ahli kumpulan Senario iaitu Saiful Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56.
ARTIKEL BERKAITAN: Saiful Apek Tak Sabar Tunggu Kepulangan Yassin, Mahu Segala Spekulasi Berakhir - “Lebih Afdal Sekiranya Tuan Badan Sendiri Yang Bercerita”
ARTIKEL BERKAITAN: "Dengarnya Dah Hafal 20 Juzuk Al-Quran, Berat Badan Bertambah" - Saiful Apek Update Perkembangan Semasa Yassin, Bakal Pulang Sebelum Aidilfitri
Foto yang dikirimkan kepada portal tersebut foto memperlihatkan lelaki yang didakwa, Saiful memakai baju Melayu berwarna merah jambu bersama seorang lagi individu dilihat ditahan oleh dua anggota beruniform di satu lokasi yang tidak diketahui.
Salah seorang ahli senario iaitu Azlee ketika dihubungi Gempak bagaimanapun tidak mengetahui tentang berita tersebut namun memaklumkan kali terakhir bertemu dengan rakannya itu pada Ahad lalu.
“Saya baru bangun tidur, memang tak tahu. Tak ada berhubung dengan dia dan kali terakhir jumpa masa show raya pada Ahad lalu,” katanya kepada Gempak.
Azlee turut mengakui dia berasa terkejut apabila dimaklumkan mengenai artikel tersebut.
“Ya (terkejut dengan berita itu),” ujarnya.
Difahamkan Saiful Apek enggan mengulas lanjut mengenai foto berkenaan.
Namun pelawak berusia 56 tahun itu memaklumkan akan menjelaskan mengenai penahanan itu dalam masa terdekat.
Must-Watch Video