Pelakon, penyanyi dan pelawak Saiful Apek tidak menolak kebarangkalian untuk menyertai rancangan realiti Gegar Vaganza pada masa akan datang.

Jelas Apek, penyertaan akan lebih bermakna sekiranya dapat disertai bersama anggota kumpulan Senario yang lain.

"Bukan mungkin tapi pasti. Saya bukan bercakap secara individu daripada pihak saya tetapi saya rasa Senario sendiri pun sudah sampai masanya untuk kembali... It's about time. Semua pun bukan semakin muda.

"Sementara masih ada upaya sihat, sudah sampai masanya untuk sulamkan dengan warna warni. Menjadi impian saya untuk bersama sahabat lain mewakili Senario untuk bersama-sama di atas pentas," jawabnya kepada Gempak.

Apek antara juri undangan yang dijemput pada minggu ketujuh Gegar Vaganza 7 (GV7).

Senario yang dianggotai oleh Abdul Wahid, Azlee Jaafar dan Mazlan Ahmad pernah disertai oleh beberapa pelawak terkenal tanah air antaranya Shamsul Ghau Ghau, Ilya Buang, Hamdan Hamid, Yassin Yahya dan Apek sendiri.

Malah, Apek pun pernah merakamkan beberapa single sepanjang karier antaranya Aspalela dan Pak Pung 2013.

Kumpulan Senario pula memiliki beberapa single popular antaranya Cari Tapak, Cepat Kaya, Cinta Sate, Mulut, Seminggu Berhari Raya dan Zapin Usik Mengusik.

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.