HIBURAN
Saiful ‘Ku Juga Mencintai Dirimu’ Belanja Nyanyi Lagu, Netizen Tekejut Dengan Imej Baru - “Sedap Suara…”
Video tular memaparkan penyanyi kelahiran Sarawak yang dipercayai Saiful menyanyikan lagu lamanya Ku Juga Mencintai Dirimu mencetuskan rasa rindu dan sayu dalam kalangan peminat.
Menerusi rakaman berdurasi seminit yang dimuat naik di TikTok, kelibat Saiful mendendangkan lagu tersebut nyata membangkitkan kenangan lama buat warganet yang pernah mengikuti perjalanan karier seninya sekitar awal 2000-an.
Walaupun imej terkininya mengundang pelbagai reaksi, namun ramai yang mengakui masih tersentuh mendengar suara merdu penyanyi berusia 39 tahun itu.
undefined
“Dulu hensem… semoga ada pengakhiran yang baik buatnya.
“Arghhh teringat lagu Tak Kuduga duet dengan Misha Omar, sedap suara jantan dia, sekarang mana pergi?,” komen beberapa netizen.
Namun tidak kurang juga yang mendoakan agar penyanyi berusia 39 tahun itu kembali diberi kekuatan untuk melalui ujian hidup.
“Ujian dia… Moga Allah beri hidayah dan pengakhiran yang baik… Amin,” tulis seorang pengguna TikTok.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 300,000 tontonan, membuktikan bahawa suara dan lagu Saiful masih meninggalkan impak dalam dunia hiburan tempatan.
Difahamkan, Saiful pernah mencipta nama dalam industri muzik tanah air menerusi beberapa buah lagu solo dan kolaborasi, selain dikenali dengan bakat nyanyian bersuara tinggi dan unik dari Bumi Kenyalang.
Setakat ini, Saiful belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penularan video tersebut.