Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sajat Akui Risaukan Rakyat Malaysia Bila Harga Ayam Bakal Naik, Subsidi Minyak Dimansuhkan

Izwan Isa
22/06/2022 05:35 MYT

Usahawan selebriti, Nur Sajat melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila mendapat tahu bahawa harga ayam dijangka akan naik sementara subsidi minyak pula bakal dihapuskan di Malaysia.

Sajat menerusi kemas kini Instagram berkata, sungguhpun tidak layak untuk memberi komen mengenai hal tersebut, namun, dia masih mempunyai keluarga, rakan-rakan dan pengikut di sini.

“Sedih mendengar bila ini kan terjadi pada mereka yang berada di Malaysia. Sajat sedar bukan Sajat layak untuk berkongsi hal-hal ini, mungkin ada yang akan cakap: ‘Sajat kenapa nak ambil peduli hal Malaysia, kau kan dah kat sana, jangan menyibuk‘.

“Mungkin ada betul yang comments seperti itu untuk Sajat, siapalah Sajat untuk berkata-kata, kerana Sajat pun dah kat Australia.

“Tetapi Sajat masih ada keluarga, sahabat, kawan-kawan, sedara-mara, dan follower-follower Sajat di sana. Setiap hari Sajat menerima DM message dari mereka di malaysia yang mereka nak mengikuti Sajat!

“Sajat rasa tak perlulah Sajat cerita lebih lanjut. Mungkin kerana ini lah mereka merayu pada Sajat nak berkerja atau mencari nafkah lebih jika di berikan peluang,” katanya.

Menerusi ruangan komen, terdapat seorang pengikut yang mengucapkan terima kasih kerana masih memberi perhatian kepada rakyat Malaysia sungguhpun dia kini sedang berada di luar negara.

“Terima kasih kerana masih ingat kami di Malaysia… kenapa lah jadi macam ni ya Allah,” katanya.

Dalam pada itu, seorang netizen turun menyatakan yang kos sara hidup di Australia juga kini semakin tinggi. Namun jawab Sajat: “Tetapi Australia bagi pertolongan pada rakyat, jika rakyat sini sakit, kena Covid, kerajaan bagi AUS$750 (RM 2,286) setiap minggu,” katanya.

A post shared by Nur Sajat (@nursajatkamaruzzaman)


Terdahulu, menerusi laporan Astro Awani, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee menjangkakan harga ayam mentah di pasaran akan mencecah sehingga RM11 sekilogram.

Menurut beliau, senario itu dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu selain menarik balik pemberian subsidi RM1.40 yang diberi kepada penternak ayam dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Sumber: Astro Awani (1, 2)

#Nur Sajat #Harga Ayam #Subsidi Minyak
;