Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Sajat Dedah Akan Ditemubual Ellen DeGeneres Di AS - “Bila Dah Pandai Cakap Orang Putih, Lagi I Terbang”

Azwa Rahman
24/11/2021 09:15 MYT
Usahawan kontroversi Nur Sajat membuat pendedahan akan ke Amerika Syarikat untuk ditemubual dalam program bual bicara popular, The Ellen DeGeneres Show pada bulan Januari.

Menerusi platform TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, memgumumkan berita tersebut dalam satu siaran langsung pada Selasa.

Bukan itu sahaja, dia turut memaklumkan akan pergi ke Singapura pada bulan Februari ini namun tidak mendedahkan untuk tujuan apa.

“Okay Sajat pergi US bulan Januari, Sajat pergi Singapura pada bulan 2. Bulan 1 Sajat pergi US untuk interview rancangan Ellen.

“Haa kau tengok tu, schedule i dah macam ni dah (penuh). Lepas ni i terbang tau. Bila dah pandai cakap bahasa orang putih, lagi i terbang tau. Terbang, terbang, terbang, terbang! Terbang tu kerja la,” ujarnya menerusi siaran langsung tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, perkongsian Sajat mendapat jemputan program Ellen itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya.

Rata-rata wargamaya berasa teruja apabila selebriti berasal dari Malaysia itu diundang ke program bual bicara popular tersebut.

@matchafrappp:omgg he's gonna be on Ellen show?!??! wow imagine him speaking broken english that's gonna be so funny. I don't think any Malaysian artist has ever.

@Hannan Arissa:She's going to be on Ellen ?? Omggg !!!! How excitinggg.”

@Faiza Fais:bang...terbang atas dunia biasa ja. biar terbang hingga ke syurga....itu yang patut kita harapkan.”

@amariserious laa Sajat interview dengan Ellen?? wowwerzzzz.”

@panda4lyfe32Interview dengan Ellen mesti pasal kes kat Malaysia dia la. Ellen kan support ni semua.”

Jika Sajat muncul di dalam program popular tersebut, dia menjadi selebriti Malaysia kedua yang ditemubual oleh DeGeneres.

Terdahulu, aktor kacak kelahiran Sarawak pernah muncul sebagai tetamu DeGeneres pada tahun 2018 menerusi filem Crazy Rich Asians.

Program The Ellen DeGeneres Show kini dalam musim ke-19 dan merupakan musim finale.
#Nur Sajat #The Ellen Degeneres Show #Sajat Australia
;