Skip to main content

Berita Tempatan

Sajat Hadapi Pertuduhan Gagal Bayar Cukai

sajatgagalbayarcukai.jpg
Ahli perniagaan, Nur Sajat tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen Shah Alam jam 9.25 pagi tadi atas pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Nama Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman terpapar di senarai kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Prosiding pendakwaan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pendakwa.

Ahli perniagaan itu tiba dengan memakai baju merah.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Must-Watch Video