Usahawan Nur Sajat berkongsi satu lagi berita gembira apabila dia kini berjaya memiliki sebuah kereta selepas memutuskan untuk menetap di Australia.

Menerusi dua perkongsian di Instagram, Sajat berkata, dia ingin menjadikan tahun 2022 sebagai tahun dia bangkit dalam mencapai wawasanya.

“Permulaan kehidupan saya… Setiap bulan saya mencapai target reward untuk diri saya, dari mulanya, mendapat rumah untuk saya duduk dengan selesa, dan hari ini saya pun dapat reward kereta untuk saya kerja ke sana dan kemari.

“Tahun 2022 ini saya akan bangkit kembali untuk saya mencapai wawasan saya,” tulisnya menerusi kapsyen Instagram.

Seperti yang tertera pada buku manual kereta, Sajat membeli model jenis MG ZS. Carian gempak mendapati harga kereta berkenaan sekitar AUD$21,990 iaitu sekitar RM65,000.

A post shared by Nursajat (@nursajatkamaruzzaman)


Dalam pada itu, menurut Sajat, dia hanya membeli kereta biasa-biasa sahaja. Hal ini kerana, dia mengimpikan untuk membeli sebuah rumah di sana.

“Saya pakai kereta biasa-biasa jer, dan target saya nak membeli rumah di sini. Sajat pasti boleh.

“Buat anak anak dan keluarga tercinta, jauh dari mata ini, tak putus putus doakan saya berjaya dan tempuhi liku liku kehidupan di sini.

“Walaupun saya di sini keseorangan, percaya lah.. kerinduan buat anak anak hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hampir satu tahun Sajat tak berjumpa dengan mereka,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji ketabahan Sajat dalam meneruskan survival bisnesnya di Australia.

Ada juga yang mengucapkan tahniah dan berharap agar Sajat terus berusaha dengan lebih kuat untuk mencapai cita-citanya.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​