UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

Sajat Nasihat Imran Bard Mohon Maaf kepada Ellie Suriaty - “Benda Remeh-Temeh Ini Tidak Perlulah...”

Asyraf Roslan 22/02/2025 | 08:55 MYT

Personaliti media sosial, Sajat menasihatkan pempengaruh sensasi, Imran Bard agar segera memohon maaf kepada pelakon veteran, Ellie Suriaty susulan sebuah video parodi yang didakwa mencemarkan nama baiknya.

Dalam klip video yang dikongsikan di TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzaman, menyatakan bahawa Imran tidak sepatutnya memanjangkan isu tersebut dan sebaiknya mengambil pendekatan lebih matang.

"Saya ada baca benda tu cuma tak tahu kisah dia macam mana, secara jujur saya suka dengan konten Imran, konten dia semua kelakar.

“Sebagai anak seni, Imran jangan panjangkan cerita awak minta maaf sahaja. Saya faham kadang-kadang bila kita buat konten kita main sebut je nama kita pun takdelah berniat nak mention nama dia.
“Tapi bagi saya minta maaf sahaja. Memang awak rasa awak tak salah, tapi bila berada di tempat yang salah awak minta maaf sahaja. lepas ni guna nama orang putih sahaja.
“Benda remeh-temeh ini tidak perlulah, minta maaf sahaja,” katanya.
Sajat turut menegaskan bahawa tidak ada salahnya untuk meminta maaf dan menasihati Imran supaya tidak membiarkan isu ini berlarutan kerana ia hanya akan mengundang lebih banyak perhatian negatif.
“Tidak salah pun kalau kita minta maaf, dan minta daripada hati. Jangan panjangkan cerita sebab lagi panjang nanti orang akan cari salah kita.
“Sejujurnya saya fans dia ye,” tambahnya

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat Sajat dan berharap Imran segera menyelesaikan isu tersebut.

Sekadar info, Imran Bard sebelum ini didakwa mencemarkan nama baik Ellie Suriaty dengan mengaitkannya dengan penyalahgunaan dadah menerusi sebuah video parodi.

Ellie kemudiannya mengadakan sidang media dan menggesa ibu bapa Imran untuk tampil memohon maaf dalam masa terdekat.

#Mohon Maaf #sajat #Imran Bard