Usahawan kontroversi Nur Sajat rimas apabila namanya kerap digunakan sebagai alat untuk mengalih perhatian dalam isu politik negara.

Mohon Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, agar berhenti daripada memetik namanya untuk berdebat hal-hal berkait politik.

"Hal-hal politik, tolong jangan kait dengan saya... Korang yang lembik, tiba-tiba nak cakap macam Sajat… Tak ke macam ke si*l tu!

"Urusan politik terumbang-ambing!! Stop lah guna nama Sajat

"Aku perasankan bila guna nama aku, 'Issue Sajat', semua benda yang lebih penting diam membisu!! Heyy aku kat Australia dah!! Kenapa nak sebut hal aku??

"Kenapa nak sebut hal aku?? Ehh suka hati korang lah!! Memang mereka guna isu Sajat nak tutup segala masalah besar kat Malaysia tu.. Corruption kan" tegasnya.

Sajat turut memuat naik paparan skrin tangkap layar daripada ciapan pengguna di Twitter yang menggunakan namanya sebagai perlambangan dalam judul artikel berkaitan politik dan parti pembangkang.

"Kan dah kata, hal politik pun tetap nak kaikan dengan saya! Kesian yer...," tambah Sajat.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Sajat telah ditahan di Imegresen Thailand pada 8 September lalu kerana mempunyai pasport yang tidak sah.

Sajat juga memiliki kad pelarian Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) ketika berada di Thailand.

Untuk rekod, pada 23 Februari lalu, Mahkamah Syariah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Terbaharu, Sajat memaklumkan yang dia telah menerima kad hijau dan kad kuning dari negara Australia mendakan dirinya kini menjadi penduduk tetap di sana.


***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!