Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Sakinah Bukan Punca, Dah Berpisah Sebelum Jumpa Dia,” – Kekasih Sharifah Sakinah Jelas Status, Dedah Perkara Sebenar

Mya Amri 29/12/2020 | 13:53 MYT
Kekasih Sharifah Sakinah, Michael Hansen menafikan dakwaan pelakon wanita itu perampas dan pemusnah rumah tangga orang.
Michael menegaskan dia tidak pernah menjalin hubungan sulit bersama Sakinah sepanjang mengenalinya.
Sebaliknya hubungan perkahwinan bersama dengan bekas isterinya itu telah berakhir sebelum bertemu dengan Sakinah.
“Merujuk kepada khabar angin yang tersebar di media sosial sejak kebelakangan ini, saya ingin menjelaskan dan mengesahkan bahawa Sharifah Sakinah BUKAN penyebab perpisahan perkahwinan saya.
“Hubungan antara saya dan ibu anak-anak saya sudah berakhir setahun sebelum saya bertemu dengan Sakinah. Selepas daripada perpisahan itu kami memang tinggal secara berasingan.
“Sakinah adalah seorang wanita hebat, baik hati dan mempunyai sifat humor yang sangat menyenangkan.
“Kami juga menghormati masa silam masing-masing. Saya harap anda semua dapat menghormati privasi keluarga saya dengan cara yang sama,” jelasnya dalam Bahasa Inggeris.
Michael berkata demikian ketika dihubungi Gempak menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Terdahulu, nama Sakinah tiba-tiba menjadi hangat apabila timbul pelbagai versi cerita kurang enak mengenai dakwaannya sebagai perampas suami orang.
Dalam perkembangan lain, Sakinah sebelum ini memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Sweden ini pada 28 Mei tahun hadapan.
#Sharifah Sakinah #Michael Hansen
;