VIRAL
Sakinah Melawak Pasal Ketiak Putih, Arwah Nenek Pula Kena Petik
Pelakon Sharifah Sakinah kembali mencuri perhatian netizen menerusi sekeping foto bergaun strapless hitam dan kapsyen melucukan di Instagram.
Menerusi entri terbabit, Sakinah memberitahu dia sengaja menyolek wajahnya menjadi lebih gelap supaya menonjolkan bahagian ketiaknya yang putih.
"Yes I choose a dark look for my make up so that my ketiak can look putih hokay.
"So tiada lagi produk muka putih tangan hitam," tulis pelakon itu.
Entri mencuit hati itu mendapat lebih 500 komen netizen yang terhibur dengan personaliti Sakinah.
Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen menempelak tindakan Sakinah memuat naik foto seksi itu dan mengaitkan dengan pemergian neneknya minggu lalu.
"Al-fatihah... Baru kehilangan nenek. Semoga diberikan hidayah untuk menghormati arwah," tulis salah seorang pengguna di ruangan komen Instagram Sakinah.

Foto: Sharifah Sakinah, Tiar Zainal
Must-Watch Video