Sakit Hati, Geram, Sedih Semua Netizen Rasa Dalam Takdir Itu Milik Aku! - "Emma Maembong Boleh Menang Anugerah"
Amri Hassan
11/03/2024 05:25 MYT
11/03/2024 05:25 MYT
Karya agung Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku mencetuskan pelbagai perasaan dalam kalangan warganet sejak mula bersiaran pada 26 Februari lalu.
Meninjau reaksi wargamaya di media sosial, ramai yang mengakui lakonan teraju utamanya, Emma Maembong benar-benar menyentuh hati dan selayaknya menerima pengiktirafan!
"Bila layan drama karya Siti Rosmizah ni jaranglah tak touching. Sedih tu sedih betul, sakit hati tu sakit tuh di sini betul. Watak ciptaannya semua function.
"Kena pula pelakon memberi. Naik BP dan pedih mata.
"Menjadi betullah Emma Maembong ni berlakon dalam Takdir Itu Milik Aku. Dalam tak sedar melelih air mataku masa scene dengan nek tok tu. Baru episod dua weh!
"Cerita terbaik setakat ni, pembawakan watak lurus memang menjadi. Cukup menyedihkan dan tragis. Boleh menang awards.
"Baca novel hari tu menangis, tengok drama dia pun nangis.
"Cerita ni dari episod satu hingga empat air mata aku berderai," kongsi beberapa warganet.
Selain itu, dek terbawa-bawa dengan karakter dalam drama tersebut yang dilakonkan oleh Jasmine Hamid dan Shakilla Khoriri, ramai juga meluahkan rasa geram dengan lakonan mereka.
"Geram dengan Datin dan si Siah dan anaknya. Kesian dengan bapa Dian.
"Overall macam lawak, terpekik terlolong je yang si Siah dan Datin tu, side eye sampai ke sudah," komen seorang pengguna media sosial.
Sinopsis Takdir Itu Milik Aku
Dian, seorang gadis muda yang terpinggir, merasakan kehidupannya diceroboh oleh kekejaman emak saudaranya, Kamsiah. Impiannya untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi musnah ditengah jalan apabila dia dipaksa menjadi orang gaji.
Namun, takdir membawa dia bertemu dengan Zarif Adha, cucu majikan yang berpura-pura baik. Janji-janji manisnya hanya satu dusta semata-mata.
Zarif Adha, yang hidup dalam kemewahan dan keangkuhan, tidak teragak-agak mempermainkan Dian untuk kepentingan dirinya sendiri. Datin Munirah, pula, dengan ketamakannya, mengorbankan Dian demi memenuhi hasratnya untuk menguasai harta keluarga.
Pertanyaan yang menggantung: Adakah Dian terus menderita atau mampukah dia berdiri tegak menentukan takdirnya sendiri?
Saksikan drama adaptasi novel Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah bersiaran mulai 26 Februari 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria atau strim melalui Astro GO.