Meskipun masih belum pulih sepenuhnya dari disihir individu yang tidak bertanggungjawab, usahawan dan pempengaruh Hafiz Mahamad serta isteri, Syafiqah Aina tidak putus semangat.

Malah, akui Hafiz, ujian yang kerap diterima dengan cara syirik itu menguatkan motivasi mereka untuk terus membantu orang ramai.

"Sebagai suami apabila melihat Aina terkena penyakit misteri, memang saya marah dan geram. Tapi ia buat kami sedar, setiap perbuatan tak perlu dibalas begitu, sebaliknya kami perlu usaha dan buktikan kepada mereka yang kami boleh menjadi lebih baik.

"Biarpun belum pulih sepenuhnya tapi kami kuat. Allah ada dan kami kena terus berjuang. Saya bukan nak mencabar atau merendahkan mereka, namun saya nak tunjukkan, Allah Maha berkuasa. Buatlah macam mana pun saya tetap akan sebarkan kebaikan.

"Apa yang kami usahakan selama ini hanyalah untuk bantu orang lain tambah pendapatan. Kenapa perlu kacau kami sampai begini.

"Apapun yang mereka buat kami tidak akan membalas kembali. Sakit itu biarlah kami yang simpan. Dalam realiti kami sangat gembira," ujarnya.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)



Hafiz dan Aina ditemui ketika majis Ainaa Beauty Annual Gala Dinner di Marriot Putrajaya, baru-baru ini.

Sempena ulang tahun kelima, Ainaa Beauty telah memperkenalkan wajah baharu rangkaian produknya dengan reka bentuk botol yang lebih moden, inovatif serta lebih segar dari reka bentuk botol-botol sebelum ini.

Pasangan itu juga tidak lupa meraikan kerja keras usahawannya sepanjang tahun 2021 dengan pelbagai hadiah lumayan termasuklah sebuah kereta Proton Axia, dua buat Proton X50 serta lebih 40 biji Iphone 13 Pro Max dan beberapa set perhiasan emas.

Selain itu, produk kecantikan itu meraikan individu yang konsisten dan tetap terus dengan Ainaa Beauty melalui Anugerah Khas Lelaki dan Wanita Inspirasi.