Laman Utama
Sakit Mata, Puteri Sarah Tak Hadir Ke Mahkamah
Peguam mewakili Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan pelakon Puteri Sarah tidak dapat hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, pagi ini.
Akberdin Abdul Kader memberitahu mereka tiba hari ini untuk memfailkan jawapan afidavit terhadap permohonan lanjutan injuksi yang dibuat oleh pengarah Syamsul Yusof.
"Puteri Sarah tak dapat hadir harini dia kurang sihat kerana ada malasah sakit mata
"Hari ini adalah untuk kita failkan jawapan afidavit terhadap permohonan inter-parte (kedua-dua pihak) mereka yang mendapat perintah halangan supaya jangan cakap masalah keluarga dan sebagainya.
"Hari ini adalah tarikh untuk afidavit jawapan yang telah kita lakukan . Jadi kita dengar lah sama ada pigak Syamsul nak jawapan lagi atau tidak . Kalau dia tak naka jawab mungkin Hakim minta untuk masuk ujian bertulis," katanya.
Pada 25 Mei lalu, permohonan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof melanjutkan perintah injunksi terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, diluluskan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Terdahulu, mahkamah meluluskan permohonan Syamsul melanjutkan tempoh masa perintah ex-parte bertarikh 27 April berdasarkan Seksyen 238 Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dengan pindaan kepada perintah ex-parte terbabit.
Mahkamah Tinggi Syariah antara lain memerintahkan Puteri Sarah dihalang, dilarang dan/atau ditegah bertindak mengeluarkan, memuat naik, menyiarkan, menulis, menerbitkan, menyebarkan, mengedarkan, menghebahkan, dan/atau menyalurkan apa-apa kenyataan, tulisan fitnah, maklumat, komen, gambar dan atau klip video di mana-mana laman media sosial, media cetak dan atau media elektronik.