Hiburan

"Sakit Nak Gila, Macam Ada Binatang Dalam Telinga Ni"- Nourul Depp Terpaksa Ke Hospital Gara-Gara...

gempak
ZULHILMI JALIL
07/01/2020
10:32 MYT
Sponsor Banner
"Sakit Nak Gila, Macam Ada Binatang Dalam Telinga Ni"- Nourul Depp Terpaksa Ke Hospital Gara-Gara...
Penyanyi Nourul Depp memberitahu bahawa dia mengalami sakit telinga yang teruk sehingga mengganggu rutin hariannya.
Ekoran keadaannya itu, Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, 43, berkata, dia terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di ibu kota.
"Allah uji bagi telinga sakit pulak, takpa. Terima seadanya. Dia ambik balik (nikmat) sat.
"Doktor kata hanya otitis media (keradangan bahagian dalam telinga). Mungkin sebab tempoh penerbangan yang lama.
"Lepas itu, dari musim sejuk balik sini panas balik. Gatal dalam telinga bagai nak gila. Haa, gatal lagi garu dengan jari! Goyang telinga sampai nak reban (runtuh)," katanya.
Perkara itu dikongsikan Nourul menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Bila hang jetlagged tak habis lagi, semalam ja boleh tidoq lena sikit; Allah uji bagi telinga sakit pulak... takpa. Terima seadanya. Dia ambik balik sat ... . Sakit nak gila. Macam ada binatang dalam telinga ni. Macam gergasi pun ada ????. Dah nak start busy, jangan dok buat hai nak sakit itu ini. Saja kan dia. Besa tu! . Hari ni ja ada nak pi facial, nak pi buat rambut. Esok meeting dengan @CelebrateTV untuk #keluargaboomerang . Alhamdulillah. Terima kasih nazura and all di sana yang sudi ambik kami. . Eh gambaq ni nak cerita pasai telinga lah! ??? kalau telinga sakit pi lekaih jumpa doktor. Jangan jadi doktor sendiri. Gatai pi bubuh essentials oil. Lepas tu dia dok propprap prop prap dalam telinga sampai berdarah! . Doktor kata hanya otitis media. Sidang media; tau. Otitis media ni tak tau???? may be sebab long flight. Lepas tu dari winter mai panas balik. Dok gatai dalam telinga bagai nak gila. Haaa gatai lagi garu dengan jari! Goyang telinga sampai nak reban! (Runtuh) . 5 pagi. Nak sambung tidoq. Bila nak start gym ni oiiii!!! ??? . #emergency #princecourt #ladydepp #otitisisnotfun
A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Menurut Nourul lagi, kesakitan yang dialami itu seolah-olah merasakan seperti ada benda asing di dalam telinganya.
"Sakit nak gila. Macam ada binatang dalam telinga ni. Macam gergasi pun ada. Dah nak mula sibuk, jangan dok buat hal nak sakit itu ini. Saja kan dia," tulisnya.
Perkongsian Nourul itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen.
Rata-rata mendoakan agar pelantun lagu Kerana Terluka itu cepat sembuh.
"Semoga lekas sembuh. Saya pernah kena sakit telinga. Dia punya berdengung dan berdenyut memang sampai ke tulang sum-sum," tulis salah seorang pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024