Berita
“Sakit Perut Sampai Tak Boleh Berdiri Tegak”- Tak Sedar Hamil Ketika Shooting, Ummi Nazeera Alami….
Pelakon Ummi Nazeera akui tidak sedar sedang hamil ketika menjalani penggambaran filem Kerana Korona untuk tayangan Astro First.
Mengimbau kembali ketika berada di penggambaran tersebut, Ummi memberitahu dia mengalami sakit perut yang luar biasa sehingga sukar untuk berdiri dengan tegak.
“Rupanya masa ni (set penggambaran) dah mengandung. Baru tahu. Dekat set tiba-tiba sakit perut sebab haritu lupa makan .
“Biasanya ok saja kalau tak makan.. Tapi haritu sakit sangat masuk angin sampai tak boleh berdiri tegak.
“Beberapa hari kemudian saya dapati diri hamil. Alhamdulillah,” katanya.
Ummi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Ummi memuat naik rakaman video sewaktu berada di set tersebut.
Mengulas sedikit mengenai filem yang dilakonkan itu, Ummi memberitahu dia memegang watak sebagai doktor dan meminta bantuan suaminya Dr. Izzar untuk membawakan watak tersebut.
“Ummi jadi frontliner dalam ni hihihi. First time jadi doktor. Korek ilmu dari suami.
“Apa-apa pun Kerana Korana bakal ditayangkan tidak lama lagi ya,” ulasnya lagi.
Ummi kini sedang hamil anak kedua. Dia dan suami mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018.