Laman Utama

“Sakit, Sakit, Sakit!”- Bawah Zakar Jadi Panas Setiap Detik 12 Tengah Malam? Ejai Aziz Kena Buatan Orang Ke?

gempak
Hanafis Haris
13/06/2022
07:50 MYT
Sponsor Banner
“Sakit, Sakit, Sakit!”- Bawah Zakar Jadi Panas Setiap Detik 12 Tengah Malam? Ejai Aziz Kena Buatan Orang Ke?

Mungkin kedengaran agak aneh, namun itulah hakikat sebenar terpaksa ditanggung vokalis Azzara Band Ejai Aziz berhubung penyakit yang terpaksa ditanggungnya.

Selama tiga bulan dan setiap malam, Ejai terpaksa menahan sakit apabila bahagian bawah zakarnya akan berasa panas secara tiba-tiba.

Namun, apa yang lebih menghairankan, kejadian aneh itu selalunya berlaku tepat pukul 12 tengah malam.

Malah, rasa panas itu semakin menjadi-jadi sekitar pukul tiga pagi dan akan reda sebaik berkumandangnya azan Subuh sekitar.

“Dia akan serang jam 12 tengah malam, dan slowly reda jam 6.02 pagi. Saya memang akan tunggu azan Subuh.

"Saya memang bingung dan rasa sangat sakit. Bila diserang terus saya ke hospital, selama enam kali saya buat pemeriksaan di hospital berbeza.

"Saya turut buat pemeriksaan imbasan tetapi doktor kata tak ada apa-apa termasuklah selepas ujian darah dijalankan.

"Kalau ikutkan rasa sakit saya memang yakin akan ditahan di wad tapi sebaliknya saya dibenarkan balik," katanya mengimbau kejadian misteri yang melandanya sekitar bulan Mac tahun lalu.

Jelas Ejai, akibat tidak tahan dengan derita itu, dia berusaha mendapatkan rawatan Islam.

Menurutnya, dia kemudian tersentak apabila dimaklumkan oleh dua ustaz yang memberitahu dia sebenarnya terkena buatan orang.

"Saya pun tak tahu punca dan siapa. Benda itu sudah lama dalam badan saya sejak beberapa tahun dan kemuncaknya saya diserang tahun lalu.

"Syukur dengan ikhtiar yang dilakukan saya kembali pulih dan saya berharap perkara sama tidak berulang lagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ejai menjelaskan dia kini memilih untuk memberikan fokus pada bidang muzik bersama Azzara Band serta mencipta lagu untuk tempoh lima tahun mendatang.

Baginya, muzik menjadi keutamaan dan mempunyai sasaran sendiri sebelum mencuba peluang dalam bidang lakonan.

"Kami juga terus mengikut kehendak peminat dan pendengar yang gemar dengan muzik rancak berbanding muzik balada daripada kami.

"Lagu kami seperti Siapa Kata lebih disenangi dan untuk itu kami beri perhatian kepada muzik seperti itu sebelum beralih ke genre lain," katanya.

Ejai juga tidak menolak jika mendapat peluang menyertai rancangan seperti Big Stage meskipun terpaksa beraksi solo.

"Saya pasti akan berbincang dengan ahli kumpulan dan pengurusan. Saya mahu yang terbaik untuk semua. Apapun saya takkan tinggalkan band saya," katanya menerusi satu portal media tempatan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024