"Sakit Tu Hanya Tuhan Yang Tahu" - Bahana Syafie Naswip Ketagih Makan Pedas! Akhirnya ...
Asyikin Mayudin
01/09/2023 05:55 MYT
01/09/2023 05:55 MYT
Selepas mengalami kekejangan di bahagian perut selama dua hari yang sangat teruk, pelakon Syafie Naswip terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan apendiks.
Berdepan dengan kesukaran untuk bernafas, Syafiq mengakui salah satu punca dia mengalami penyakit itu disebabkan kekerapan makan masakan pedas sejak kecil lagi.
“Tough Journey #appendicitissurgery. Ia satu pengalaman yang menarik tapi bila fikir balik, satu kenangan yang menakutkan untuk diingati. Cramps perut selama dua hari, sakit hanya Tuhan yang tahu.
“Setiap malam setiap saat beralih ke sana kesini sebab sakit… sampai effect nafas. Salah saya sebab ketagih makan masakan pedas sejak kecil.
“Tapi aku belajar banyak benda baru selama empat hari kuarantin di hospital,” katanya.
Dalam pada itu, Syafie turut berterima kasih kepada semua yang melawat, mendoakannya dan memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk membalas mesej.
“Terima kasih semua yang datang jenguk, doa, wish di WhatsApp atau DM. Minta maaf tidak sempat nak reply satu satu. Sebab masa yang ada banyak untuk berehat. Akan diusahakan reply one by one,” ujarnya lagi.