Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sakitnya Masih Terasa…” - Aishah Ada Sebab Buka Cerita Perceraian

Syafiqah Jalal
04/02/2022 03:50 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk Aishah akui tidak berniat untuk menghebohkan berita perceraiannya sehingga dicari ramai wartawan untuk bertanya lanjut mengenainya.

Namun berita perceraiannya itu dijawab selepas ada wartawan yang bertanyakannya.

“Hari ini terasa sedikit goyang. Wartawan mencari saya interview mengenai perceraian Saya. Aduh sakitnya masih terasa,walaupun saya nampak ok dan tersenyum.

“Saya cuba elak ditemubual hanya untuk bercerita tentang hal itu.

“Saya hanya nak jelaskan sedikit situasi bagaimana hal ini keluar,ketika saya dijemput oleh Berita Harian untuk buat persembahan.

“Selepas persembahan itu saya sempat bersemuka dengan wartawan Bobo Fahad.Banyak kami bercerita tentang lagu baru, kehidupan saya sekarang dan akhirnya timbullah soalan status.Dan saya menjawab dan mengakui yang saya sudahpun diceraikan,” jelasnya

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Kata Aishah dia terpaksa menjawab bagi menjelaskan kedudukan sebenarnya.

“Saya terpaksa menjawab dan jelaskan kedudukan saya. Ini penting untuk mengelakkan fitnah.

“Jadi jangan ada pihak yang menuduh sembarangan mengatakan saya saja bercerita,” katanya.

Aishah turut meminta agar dia diberi ruang dan tidak berniat mahu mengulas lanjut mengenai kisah perceraiannya.

“Cukuplah public tahu kami dah bercerai.Kenapa,bila,mengapa dan lain-lain tak perlulah diceritakan.

“Berilah kami ruang untuk teruskan fasa hidup ini dengan tenang, yang dah lepas tu biarkanlah ia berlalu.

“Terima kasih teman-teman ,keluarga dan peminat yang mendoakan saya dan anak-anak,” ucapnya.

Aishah mengesahkan dia dan bekas suami sudah pun bercerai pada 25 Disember lalu selepas lima tahun melayari bahtera perkahwinan.

Menerusi kenyataannya dengan sebuah akhbar online itu dia diceraikan talak satu menerusi kiriman mesej ringkas aplikasi WhatsApp.
#Penyanyi #cerai #Aishah #Berpisah
;