,
Laman Utama

Saksi Dedah RM2.08 Billion Masuk Akaun Najib 2013

Syafiqah Jalal
27/09/2022
00:08 MYT
Pengurus cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, terdapat sembilan transaksi kemasukan wang ke akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak, berjumlah RM2.08 bilion pada Mac dan April 2013.
R Uma Devi, 43, berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya dalam prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram sebanyak RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri itu.
Saksi pendakwaan ke-37 itu berkata, wang berkenaan dimasukkan ke akaun AmIslamic Bank Berhad atas nama Najib berakhir nombor 969-4 (AM Private Banking MR) bermula 22 Mac hingga 10 April 2013.
Menurutnya, nilai tertinggi ialah pada 10 April 2013 (RM602 juta) manakala terendah pada 28 Mac 2013 (RM138,824,962.98).
“Saya sahkan kemasukan wang ke akaun ini sepertimana penyata akaun AmIslamic Bank Berhad bertarikh 14 April 2013 yang dirujuk kepada saya.
Saya memperakui dan mengesahkan bahawa dokumen itu telah dicetak dari komputer milik AmBank Cawangan Jalan Raja Chulan,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Najwa Bistamam.
Wang itu berkaitan dengan tuduhan ketiga terhadap Najib, iaitu sebagai pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi 1MDB, menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan berjumlah RM2.08 bilion.
Empat bulan kemudian, terdapat beberapa transaksi pengeluaran wang daripada akaun AM Private Banking MR itu, sebanyak RM2,034 bilion.
Pada 2019, dalam penyataan pembukaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, pendakwaan berkata, antara 21 Mac hingga 10 April 2013, Syarikat Tanore Finance Corporation (Tanore Singapura) memindahkan AS$681 juta ke akaun tertuduh.
Sri Ram berkata, mengikut mata wang Malaysia, ia berjumlah RM2,081,471,926.
Jumlah ini menjadi perkara utama dalam pertuduhan ketiga yang dihadapi Najib.
Dalam prosiding pada Isnin, mahkamah juga diberitahu bahawa RM2,034,350,000 dikeluarkan dari akaun Najib antara 2 hingga 23 Ogos 2013 menerusi lima transaksi.
Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan daripada Najwa, Uma Devi berkata, hanya Najib mendapat keistimewaan untuk menukarkan akaunnya dengan nombor berakhir 694 dan 889 kepada kod selepas mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan atasan bank.
Katanya, pemimpin UMNO itu juga bertanggungjawab terhadap akaun berkenaan seperti termaktub pada terma pembukaan akaun.
“Hanya Pengurus Perhubungan dan Pengurus Cawangan bank boleh mendapatkan akses kepada akaun berkenaan,” katanya.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Selasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew, Saksi Mengaku Tidak Curang

gempak
26/08/2024
07:55 MYT
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tidak curang kepada suaminya sebaliknya gambar payudara yang diberikan kepada pendakwah terkenal itu dilakukannya secara tidak rela.
Berita

26 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini

gempak
17/07/2024
10:41 MYT
Seramai 26 individu telah diambil keterangan bagi bantu siasatan kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25, setakat Rabu.
Berita

SPRM Beku 20 Akaun Bank Suami Isteri Pempengaruh, 2 Individu

gempak
15/07/2024
15:25 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Berita

Wang Dalam Akaun Hilang Babitkan Kerugian RM24.2 Juta, Polis Tahan Kakitangan Bank

gempak
18/06/2024
06:24 MYT
Polis menahan seorang kakitangan bank yang disyaki terbabit dalam kes kehilangan wang daripada empat akaun simpanan tetap membabitkan kerugian RM24.2 juta.
Hiburan

“Bubs, Yang, Love” - Sarah Yasmine Dedah Panggilan Manja Aliff-Sophia, Berhubung Guna Akaun Palsu?

gempak
27/04/2024
00:55 MYT
Nama pelakon jelita Sophia AlBarakbah hangat diperkatakan apabila Sarah Yasmine memuatnaik tangkap layar perbualan dipercayai antara Sophia dan Aliff Aziz.